jom kongsi

coretan santai kami...

Saturday 12 November 2011

kisah tentang mak..

Alkisahnya...pada masa dahulu, terdapat sepasang suami isteri yang telah beberapa tahun kawin,tetapi masih belum dikurniakan anak.. erm...pastu apa yek...satu hari tu, adala sepasang suami isteri berbangsa cina yg tinggal sekampung dengan mereka ni baru je melahirkan seorang bayi perempuan..namun,memandangkan pasangan cina ni dah mempunyai ramai anak and hidup susah..dia pun pergila jumpa ngan suami isteri melayu yg dah lama kawin tp xde anak nih..
kemudian, di situlah bermulanya kehidupan baru pada bayi perempuan nih...apa yg dah jadi yek???pasangan cina ni telah menyerahkan anak yg baru lahir tu kepada pasangan melayu nih..so,jadilah dia anak angkat kepada pasangan melayu nih..dan beliau diberi nama RUSLILA BT SALIKIN..sampailah dia dewasa, dia xpernah kenal pun siapa ibu and bapa kandung dia..
Pada suatu hari, salah seorang kakak kandung dia telefon and bgtau yang mak kandung dia nak sgt jumpa dengan dia..but,she refuse to see her mom..maybe,she's not ready yet...
Then...masa terus berlalu...masa balik beraya haji di kampung ari tu, ayah pun bercerita kepada kami adik beradik yang baru2 ni family cina tu ada contact ayah...diorg nak wt family reunion..erm...kitorang xkisah..bleh jugak nk kenal ngn family sana..
so, skrg ni tunggu jela masanye utk pertemuan tu nnti..mana tau bila berjumpa,hubungan kekeluargaan yg telah lama terpisah, akan bersatu semula walaupun berlainan agama...maybe leh plak terjumpa family2 sebelah sana yg serupa ngn anak den adeeb..
Itulah catatan serba ringkas kisah tentang mak kesayangan den..xsgka plak yg den ni berketurunan mix blood..hahaha...xsabar nk tunggu saat pertemuan tuh...

busy sesangat....

Friday 3 June 2011

adeeb & aariz

tak sangka dah dua orang anak kami..rasa mcm cepat je masa berlalu... 

Saturday 7 May 2011

alahai anak den...

beberapa bulan yang lepas, kami ada pulang ke kampung nenek saya di juasseh, kuala pilah..atuk dan nenek saya pun memang ada memelihara beberapa ekor kambing....kambing2 tu plak dibiarkan bebas berkeliaran di halaman rumah pada waktu petang untuk makan..adeeb pun memang excitedla dapat tengok ayam, kambing kat rumah moyang dia..sambil2 minum petang di anjung rumah, ada plak lalu sekumpulan khinzir lbh kurang 5-6 ekor kat hlaman rumah nenek saya..khinzir tu plak wat muka selamba je lalu depan rumah orang tanpa rasa takut..adeeb pun beria2la nk tau haiwan tu apa..suami pun xtau nk ckp cmne..last2 dia ckp kt adeeb itu 'haram jadah'..xberani pulak dia nk sebut babi or khinzir..
  baru2 ni, suami memandu ke Nilai dengan membawa bersama Adeeb.. dlm perjalanan tu, suami ada bertembung dgn pemandu lain yg xberhemah..dia pun ckp sendirian(smbil marah2) " napela ko ni bwk kete cm haram"...tak semena2 Adeeb leh menyampuk.." haram jadah?" dengan muka yg curious bertanya kat abah dia... 
aih...waktu umur baby cmni, otak mereka mmg cpt sgt absorb apa yg diorang lihat,dgr and they are very fast learning..bila suami blk bercerita dgn saya, kami sama2 ketawa..tp dlm masa yg sama, kami dpt pengajaran anak adalah cermin ibu bapa..jgn keluarkan kata2 yang tidak sepatutnya or buat perkara yg xsepatutnya depan mereka..masa ni adalah waktu pembelajaran yg akan membentuk,personaliti,sikap dan perangai mereka kelak..
kadang2 bila Adeeb buat perangai, kacau adik dia or cuba nk cubit ke, saya marah dengan meninggikan suara.. dia akan melawan dengan menjerit semula kat saya..saya pun ckp kat Adeeb "jgn jerit, tak baik"... and after that bile kita mrh dia dlm nada suara yg agak tinggi dia plak ckp balik kat kita.." jgn jerit"...
ermm..tulah serba sedikit pengalaman saya dalam berusaha yg terbaik untuk mendidik anak saya...

Wednesday 20 April 2011

cerita kami..

assalamualaikum...
Alhamdulillah, dengan izin dariNya saya diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk berkongsi dengan semua tentang pengalaman kami semasa melancong ke beberapa buah negara. Idea penulisan melalui laman blog ini dicetuskan oleh suami tercinta Ibrahim Helmi bin Ahmad Labib.. InsyaAllah, saya akan meluangkan masa untuk menceritakan pengalaman kami pada artikel yg akan datang..